w.I.b:warung ikan bakar:
Harap-harap INI KALILAH !
Wednesday, June 28, 2006
Tun Mahathir bukan ahli pembangkang, cuma seorang rakyat Malaysia yang berani bercakap!
Sudah tiga tahun sejak hari bersejarah persaraan Tun Mahathir dan perlantikan Badawi sebagai Perdana Menteri baru kita. Sekiranya, pada hari itu saya membuat ramalan bahawa tiga tahun kemudian, Tun Mahathir yang seolah-olah berkuasa seperti Firaun di Malaysia akan dikecam oleh media dan dimaki oleh menteri kabinet, tentulah saya akan ditertawakan. Namun, apa yang seolah-olah tidak mungkin sudahpun berlaku. Setelah membaca media arus perdana, laman Jeff Ooi, dan surat-surat pembaca Malaysiakini, amat jelas bagi saya bahawa perbuatan Tun Mahathir membuat kritikan keras terhadap pentadbiran Badawi adalah sesuatu yang positif. Secara tidak langsungnya, Tun Mahathir kita telah membuat reformasi, sekurang-kurangnya dalam aspek tanggungjawab kerajaan menjawab rakyat. Ini soal akauntibiliti. Sebagai kerajaan yang dipilih, para pemilih berhak mendapat jawapan dan penjelasan jika berlakunya kesilapan.
Yang sedihnya, lihatlah bagaimana segelintir orang UMNO dan orang kerajaan membuat reaksi terhadap kritikan Tun Mahathir. Mereka yang paling terasa oleh kritikan tersebut adalah mereka yang paling bising cakap balik terhadap Tun Mahathir. Nazri, seperti seorang samseng handalan, membuat cabaran yang kurang budi-bahasanya terhadap bekas bosnya. Dia menuntut Tun Mahathir meninggalkan parti UMNO hanya kerana Tun telah membuat pernyataan menyoal integriti dan kecekapan kerajaan semasa berucap dalam suatu majlis yang juga dihadiri oleh ahli pembangkang. Apakah wajar jika sebagai seorang ahli UMNO, dia sepatutnya diam diri walaupun kerajaan UMNO telah buat salah, buat silap?
Dasar ketelusan, dasar berani menyoal, dasar tidak tunduk kepada yang berkuasa, dan hak berucap telah akhirnya mula berakar kembali di Malaysia, setelah lama diperintah oleh seorang 'Firaun'. Yang pelik dan ironisnya, 'Firaun' itulah yang memulakan reformasi ini setelah dia bersara.
Oleh kerana sikap berjuang dan berani menyoal bersama-sama dengan status negarawan yang disanjungi ramai yang juga seorang ahli UMNO veteran, beliau telah menjadi suatu suara yang sukar untuk tidak dipeduli oleh kerajaan. Negara ini, yang telah lama tidak mempunyai kuasa pembangkang yang dapat membayangi kuasa kerajaan UMNO, kini mempunyai harapan dalam bekas Perdana Menteri kita.
Namun demikian, jangan harap bahawa Tun Mahathir akan menjadi ahli pembangkang. Saya berpendapat beliau cuma menyoal isu-isu yang telah melukai egonya, kes-kes lain jika tidak membawa kepada kepentingan beliau, tidak akan diketengahkan. Oleh itu, yang penting adalah bagi kita rakyat Malaysia untuk meneruskan budaya berani berucap dan berani menyoal ini.
(Tauke warung menulis dalam bahasa Melayu kerana dia bersetuju dengan pendapat bahawa penulisan Bahasa Melayu yang lebih berkesan untuk membawa impak kepada perubahan sosial negara ini.)
Saya masih ingat lagi perasaan yang dialami semasa mendapat keputusan UPU (Unit Pusat Universiti) lima tahun yang lalu. Saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana mendapat kursus dan universiti pilihan pertama, Namun demikian, saya juga berasa sedih kerana beberapa rakan saya kurang bernasib baik, walaupun saya berani mengatakan kebolehan dan ketekunan kami adalah sama darjah.
Mereka ditawarkan kursus yang tidak dipohon, akhirnya seorang terpaksa ke luar negeri untuk melanjutkan kursus perubatan kerana tidak diterima di negara sendiri. Setelah setahun di fakulti perubatan, saya mendapati bahawa rakan-rakan saya yang diketepikan oleh UPU jauh lebih layak dan lebih bersungguh-sungguh daripada sebilangan pelajar perubatan di fakulti saya.
Rasanya amat kurang puas hati dan saya berasa ‘marah’ atas pihak rakan-rakan yang diketepikan. Saya rasa seolah-olah mereka teraniaya oleh UPU. Itu lima tahun yang lalu. Dua tahun yang lalu, ingatkah lagi semua tentang isu 128 pelajar STPM yang tidak dapat kursus perubatan walaupun mereka layak?
Pada hari ini, keputusan UPU untuk kemasukan sesi akademik baru tahun ini telah diumumkan. Walaupun media arus perdana hari ini tidak banyak menyiarkan kes-kes tidak adil lagi menyedihkan mengenai ketidakwajaran sesetengah keputusan UPU ke atas pemohon-pemohon yang diketepikan, saya mendapat tahu bahawa seorang pelajar STPM yang berjaya mendapat 1A 3B (suatu keputusan yang bagus dan patut dibanggakan) tidak ditawarkan sebarang kursus di mana-mana universiti tempatan!
Ini boleh dikatakan sebagai sebuah tragedy yang disampaikan oleh UPU. Ini adalah suatu perkara yang tidak patut berlaku. Walaupun, pelajar ini akan mendapat tempat setelah membuat rayuan, dia sepatutnya tidak perlu membuat sebarang rayuan kerana keputusan STPMnya cukup baik untuk memasuki universiti.
Kursus pra-universiti Tingkatan Enam yang menawarkan kelayakan STPM sebenarnya merupakan suatu kursus yang cukup baik dan berkualiti. Kelayakan ini turut diiktiraf oleh universiti luar negeri termasuklah di Singapura, Australia dan United Kingdom. Saya amat menghargai ilmu dan pengalaman yang ditimba semasa berada di Tingkatan Enam.
Bukan itu sahaja, kursus STPM ini bukan mudah dan untuk mendapat keputusan yang baik, seorang pelajar perlu tekun belajar dengan bersungguh-sungguh pada setiap masa! Saya selalu memberitahu kawan-kawan saya bahawa adakalanya saya berasa untuk berjaya dalam peperiksaan STPM adalah lebih sukar daripada peperiksaan professional MBBS pertama dan kedua.
Namun demikian, pihak UPU seolah-olah semakin mengenepikan pelajar-pelajar STPM. Dengan kemasukan pelajar bukan bumiputera ke kolej matrikulasi yang jelas lebih mudah daripada STPM, pelajar-pelajar STPM semakin sukar untuk berjaya mendapat tempat dalam kursus-kursus yang kompetitif seperti perubatan, pergigian dan undang-undang. Mungkin sebab ini juga, ada pelajar STPM yang mendapat 1A 3B yang tidak berjaya masuk universiti!
Tujuan artikel ini bukan untuk mengutuk mana-mana pihak kerana sudah bertahun-tahun rasa kurang puas hati, kemarahan dan tuduhan ketidakadilan telah dilemparkan ke atas pihak UPU. Artikel ini ditulis untuk sekali lagi mengutarakan masalah pelajar-pelajar tidak dapat masuk universiti ataupun kursus yang dikehendaki bukan kerana tidak layak tetapi kerana masalah pengurusan UPU yang kurang sempurna dan juga kerana system dwi-kelayakan melalui matrikulasi dan STPM yang akan menjanakan banyak ketidakseimbangan.
Artikel ini juga tidak bertujuan untuk memutikkan isu perkauman ataupun menyoal isu meritokrasi, tetapi penulis ini ingin merayu kepada pihak UPU supaya jangan terbawa-bawa oleh sikap berat sebelah sehingga lalai melaksanakan tanggungjawab sebagai badan yang menguruskan kemasukan mahasiswa-mahasiswi baru ke menara gading kita. Pendidikan, seperti pertahanan negara dan kesihatan negara adalah amat penting buat semua rakyat Malaysia.
Tidak wajar bagi sesiapa yang tidak dapat ke universiti kerana kesilapan teknikal, ataupun dasar-dasar yang tidak adil, dan kerana ketidakseimbangan sistem dwi-kelayakan ini. Pada saya, amat sedih sekiranya seorang pelajar Tingkatan Enam bertungkus-lumus untuk mendapat keputusan baik dalam STPM tetapi tidak mendapat kursus yang diidamkan sedangkan rakannya yang kurang sedikit pencapaiannya berjaya kerana melalui matrikulasi di mana dia lebih mudah mendapat CGPA 4.0.
Pihak UPU juga akan membawa kembali sistem penilaian 90+10% yang mengutamakan pencapaian ko-kurikulum. Ini adalah suatu keputusan yang baik tetapi UPU perlu memastikan penilain 10% adalah saksama, wajar dan tidak memberi peluang kepada penyelewengan. Pendek kata, penilaian perlu diperlihat ketelusan.
Sebenarnya, UPU sepatutnya berusaha ke arah ketelusan dalam cara mereka mengagihkan tempat-tempat di universiti. Ini akan memuaskan hati semua pemohon termasuklah yang tidak layak. Jikalau betul-betul ada dasar berat-sebelah, biarlah ia menjadi dasar yang rasmi dan bukan berpura-pura di sebalik tirai dasar meritokrasi yang palsu!
UPU juga perlu menghala ker arah sistem satu jenis kelayakan. Oleh kerana STPM merupakan kelayakan yang diiktiraf oleh universiti-universiti di seluruh dunia, memang wajar sekiranya UPU bersama dengan tenaga pengajar dan pihak universiti untuk merangka suatu pelan jangka masa untuk menyatukan kursus pra-universiti di negara ini. Pendek kata, STPM patut dijadikan satu-satunya kelayakan pra-universiti di negara ini, dengan pemansuhan sistem kelayakan lain yang lebih mudah supaya boleh mengelakkan apa-apa ketidakseimbangan.
Pihak UPU juga perlu sedia membantu semua pemohon yang tidak berjaya semasa mereka membuat rayuan. Mereka perlu sedia membantu mereka seolah-olah mereka adalah anak mereka ataupun adik mereka yang kini berasa amat hampa dan sedih. Tidak patut jika UPU melemparkan karenah birokrasi ke atas mereka dan hanya membuka mata telinga apabila parti politik campur tangan.
Pengajian tinggi adalah amat penting untuk membina sumber manusia untuk negara. Perdana Menteri Abdullah yang selalu beria-ia mahu membina ‘human capital’ yang kuat untuk Malaysia patut memastikan UPU di bawah Kementerian Pengajian Tinggi tidak akan meninggalkan pelajar-pelajar yang layak dan sedia berusaha untuk kejayaan kendiri dan kejayaan negara.
Kalau tidak silap ingat, saya tidak pernah membeli buku yang ditulis dalam bahasa kebangsaan. Sehinggalah hari ini semasa melawat gedung buku MPH bersama-sama emak saya.
Dalam ruang kecil yang diletakkan buku dalam bahasa Melayu, tidak dapat diketepikan buku yang mempunyai tajuk yang begitu menarik dan relevan dengan dilema politik negara ini. Rupa-rupanya buku ini adalah kompilasi artikel-artikel hasil Lee Ban Chen yang diterbitkan secara bersiri dalam Malaysiakini.
Dengan harga yang juga menarik iaitu RM 18.00, buku ini sesuai untuk mereka yang masih menghargai karya tulisan dalam bahasa Melayu yang berkualiti, bermakna dan menggalakkan pemikiran melepasi skop yang ditetapkan oleh media utama di negara ini.
Saya syorkan buku ini kepada para mahasiswa, dan pelajar-pelajar Tingkatan Enam untuk matapelajaran Pengajian Am.
England 2 - Trinidad & Tobago 0 : Fooji's most enjoyable match so far
Venue: Restoran Ameeth (Falim mamak restaurant)
Fellow spectators: Tractor driver, technicians, Indonesian construction workers, Telekom technicians, and lots of Cina Ahpeks
Nature of the game: After lots of Crouching stupidity, Lampard's selfish off-target long shots, Owen's daydreaming, and the suspense whether Rooney is going to be in action, it was satisfying that the goals finally came through after so many chances nicely created but stupidly wasted. Beckham played well to supply the first crucial goal.
Conclusion: England has got to sharpen their finishing, meaning the strikers has got to improve if they want to have any chance of lifting the cup. Nevertheless, this edition of World Cup is getting better everyday. And the Tauke has the luxury of unemployment to enjoy the matches, live.
Running the Christian race, serving the Christian way: Huh?
I remembered. I wanted to say something like this before, but I could not say it as on-the-mark as bohtea did here:-
Take, for instance; the Christian Fellowship meetings held in colleges and universities. It is a great avenue to serve God, no doubt about it. The musicians can always use an extra guitarist, the ushers another usher. Service in the Christian fellowship unearths gifts, cultivates generosity, sparks spiritual friendships but most of all, enhances worship to God. But all these, can also be convincing excuses for us to stay snugly in the comforts of a very familiar, Christian surrounding.
Lawan orang lama (Tun M) dengan orang Baru (Badawi): Apakah implikasinya?
Dengan jujurnya, saya sebenarnya lebih memihak kepada Tun Mahathir walaupun beliau sebenarnya lagi kotor dan zalim berbanding pucuk pimpinan sekarang. Namun demikian, Tun Mahathir dengan mulut peluru dan agak celupar telah berjaya menggoyangkan kabinet Badawi untuk menjawab beberapa soalan tentang isu-isu yang telah menghampakan Tun Mahathir.
Isu-isu yang dibangkitkan seperti jambatan kedua ke Singapura, Proton dan AP sememangnya penuh dengan tahi busuk yang kabinet Badawi mahu sorokkan daripada pengetahuan awam. Sememangnya kalau budaya baru soal-menyoal ini boleh disemarakkan,ada baiknya jika kita terus menyoal kabinet Badawi mengenai banyak isu-isu lagi yang menunjukkan kebodohan dan kelemahan mereka, seperti Ulu Klang, pengharaman filem "Lelaki Komunis Terakhir", harga minyak, Disneyland, kecerewetan terhadap amalan Kongsi Raya dan banyak lagi.
Oleh itu, syabas kepada Tun Mahathir kerana berjaya melahirkan budaya soal-menyoal ini. Implikasinya tentulah baik kepada demokrasi negara dan juga menambahkan rasa tanggungjawab ke atas menteri-menteri dan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan. Sebenarnya, tidak kurang bezanya Tun Mahathir sekarang seperti seorang Ketua Pembangkang. Memang kuat pengaruh dan tajam kata-katanya sehingga boleh menggoyangkan kabinet, walaupun telah bersara dan sepatutnya tutup mulut jika tidak membantu.
Walaupun demikian, kita harus ingat bahawa semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau lagilah kotor, zalim dan kurangnya ketulusan jika dibandingkan sekarang. Jika Tun Hussein Onn bercakap demikian terhadapnya, mungkin Tun Hussein Onn akan kena dakwaan sodomi juga. Saya sangat bersetuju dengan surat oleh seorang pembaca Malaysiakini yang menyatakan bahawa Tun Mahathir juga seharusnya menjawab soalan-soalan tentang isu-isu tahi busuk beliau sendiri semasa menjadi Perdana Menteri. Cara jawabnya haruslah "point-to-point" dan dengan berasaskan fakta dan bukan dengan daya cakap pelurunya.
Apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir kali ini haruslah dilihat sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempunyai pengaruh lebih kuat daripada Saudara Lim Kit Siang, Citizen Nades (The Sun) dan aktivis-aktivis lain (walaupun mereka jauh lebih ikhlas) menggunakan hak beliau untuk menyoal keputusan dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan yang mungkin tidak baik untuk negara. Isu ini tidak harus dijadikan suatu fenomena politik baik dalam UMNO atau Barisan Nasional. Jangan kerana seorang datuk tua dan para politik yang terlalu sensitif menjadikan suasana politik huru-hara di negara ini. Tidak adil bagi rakyat semua.
Yang lagi pentingnya, jangan utarakan lagi perkara mengenai Najib sebenarnya pilihan pertama untuk menggantikan Tun Mahathir. Pada pendapat saya, keputusan Tun Mahathir untuk memilih Badawi (walaupun sebab beliau berbuat demikian mungkin untuk kebaikan sendiri) merupakan keputusan yang terbaik buat negara ini, jauh lebih baik daripada keputusan beliau untuk membina Menara Berkembar dan Putrajaya. Ia keputusan yang terbaik kerana apabila Najib menjadi Perdana Menteri, nahaslah Malaysia.
The tauke found a piece of poem that he would like share, no prizes for those who try to guess the meaning...
Eating paper
Have I ever written you some words that you can call it your own words from me the guy you call a good friend?
Have I ever sang you a song that you can call it your own a song from me the guy who once liked you?
Have I ever volunteered you my shoulder one you can lean on when you're down and distressed?
Have I ever jumped for you or given a hug to you in your moments of triumph?
If I have not, then I would like to tell you that I've always wanted to
those times together will always be a treasure the subtle inspirations the guessing game
glad it finally came to an end and still we're great great friends
I pray for you the very best I pray that you may find His blessings, His love in your colourful world, in the person you belong to, I pray for you the very best
*W.I.B is the personal blog of fooji. He works for the ministry of health seven days a week, skips his breakfast and looks forward to a good dinner at the end of the day.