w.I.b:warung ikan bakar:
Harap-harap INI KALILAH !


Friday, January 10, 2014  

Bahasa Melayu (Malay) Translation of the famous Beyond song - 海闊天空 ( Boundless Ocean Vast Skies )

https://www.youtube.com/watch?v=GT_s-1A5kBE

Hari ini ku lihat salji turun membawa kesejukan
Dengan tabah ku memulakan perjalanan jauh
Mencari dan mengejar dalam hujan dan ribut
Jejak dan bayang kita hilang dalam kabus
Di antara langit dan lautan yang luas ini
Akankah kita berubah ? 

Ribuan kali saya dipandang remeh, diperlekeh
Namun tidak pernah kulepaskan pegangan dan harapan
Dalam sepintas kecuaian, terasa kehilangan dan kekosongan
Tanpa kusedar, perasaan dan keinginan terhakis

Korus:
Maafkan saya kerana mengejar cinta dan kebebasan
Saya masih takut akanku jatuh satu hari nanti
Sesiapa pun boleh meninggalkan cita-cita mereka
Tetapi saya tidak gentar walaupun hanya tinggal kita berdua

(ulang) 

Bridge:
Saya masih bebas, saya masih identiti sendiri
Laguku dinyanyikan, perasaan isihati dilaungkan
Menjelajah ribuan batu


Korus:
Maafkan saya kerana mengejar cinta dan kebebasan
Saya masih takut akanku jatuh satu hari nanti
Sesiapa pun boleh meninggalkan cita-cita mereka
Tetapi saya tidak gentar walaupun hanya tinggal kita berdua

| |fooji made noise at the warung at 3:05 PM


Sunday, May 12, 2013  

Chinese could be racists as alleged, but they voted for Pakatan because they want a better Malaysia for all Malaysians. This is not racism.

_______________________________________________________________________

Rakyat Malaysia seolah-olah berada dalam satu perangkap sosio-politik yang menyedihkan.

Saya dapat merasai kebuntuan ini semasa menanti keputusan PRU-13 pada Ahad lepas.

Sekiranya Barisan Nasional menang, maka Malaysia terus diperintah oleh sebuah kerajaan yang tidak bebas daripada rasuah dan kemungkinan besar akan meneruskan arus 'transformasi' luaran cetek. Namun, sekiranya BN kalah dan Pakatan Rakyat menang, saya risau pula mendengar tuduhan perkauman dan kemungkinan berlaku persengketaan yang bersifat ganas.

Akhirnya, Barisan Nasional/UMNO masih menang lebih kerusi dengan kurang daripada 50% jumlah undi untuk membentuk kerajaan. Terlalu banyak tuduhan berlaku penyelewengan dalam urusan hari undi seperti kelayakan pengundi dan pengiraan undi.

Kedua-dua BN dan PR hampa. BN hampa tidak menang besar dan kehilangan banyak undi daripada golongan rakyat Cina dan bandar. PR sangat marah kerana rasa tertipu, kerana tidak menang cukup kerusi walaupun mendapat lebih 50% undian.

Hakikatnya, tiada satu pihak yang dapat menang dengan meyakinkan. Hakikatnya, Malaysia terbahagi dua. Walaupun media sepatutnya menyiasat tuduhan penipuan dalam PRU-13, sentimen perkauman dan anti-Cina dibangkitkan setiap hari.

Pada pengamatan saya, golongan masyarakat Cina bukan bertujuan untuk menguasai politik negara dan memperlekehkan kesinambungan dan kepentingan orang Melayu. Sebenarya, kesungguhan mahu ubah kerajaan sangat kuat dalam mereka, dan harus ingat, tiada seorang Cina yang waras dan rasional fikirannya akan mengharapkan Lim Kit Siang atau Guan Eng untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang. Mereka mahu Anwar Ibrahim sebagai PM dan mungkin pada masa hadapan Puan Nurul Izzah pula yang jadi PM.

Kaum Cina bersedia memilih untuk 'Ubah' bersama rakyat Malaysia lain, tetapi hakikatnya sebahagian besar daripada golongan bumiputera di Semenanjung dan Borneo masih lagi taat kepada Barisan Nasional.

Maka, keputusan PRU-13 seolah-olah menunjukkan orang Cina sengaja meminggirkan BN dan Najib Razak walaupun beliau begitu aktif berbaik-baik dengan orang Cina. Ini bukan pilihan berdasarkan perkauman. Secara ringkas, golongan Cina tidak lagi percaya kepada pemimpin-pemimpin BN termasuk orang Cina dalam MCA kerana rasuah, ketidakjujuran, dan juga kes-kes seperti Altantuya dan Teoh Beng Hock.

Ini bukan perkauman. Orang Cina adalah antara orang yang paling kiasu dan kiasi ( takut kalah, dan takut mati), maka sangat takut untuk mengambil risiko. Mereka tidak akan cari pasal dengan orang Melayu-Islam dengan suka-suka nak orang Cina jadi PM ataupun menukar agama rasmi.

Orang Cina bukan naif macam itu. Tolonglah wahai kawan-kawan semua, anda anda betul-betul faham tentang keadaan yang sebenarnya sebelum melontar tuduhan perkauman? 

Sejak dulu lagi, saya memang kurang senang dengan orang Cina yang kurang bergaul dengan masyarakat lain. Terlalu bersikap 'komunal' dan 'inward looking' sehingga dianggap sebagai rasis. Mungkin ini anggapan yang agak tepat tetapi ini tidak berkaitan dengan pilihan undi mereka. Sebenarnya, saya kagum dengan orang Cina yang bersedia mengundi calon-calon Melayu dalam parti PAS. Ini adalah satu kemajuan dalam pemikiran orang Cina. Mengapa ini tidak diketengahkan?

Adakah kerana mereka yang taat-buta kepada UMNO dan Dr Mahathir tidak sedar bahawa Melayu masih boleh wujud dan berjaya tanpa UMNO?

Tidak pernahkah anda fikir bahawa UMNO yang sebenarnya telah membantut kemajuan orang Melayu dan negara Malaysia kerana rasuah, nepotisme dan politik cetek.  Harus ingat, ini adalah negara demokrasi, ini negara milik rakyat bukan milik UMNO.

Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak cepat membuat tuduhan, dan cuba faham antara satu-sama lain. Orang Cina patut membuktikan kepada semua yang mereka tidak seteruk yang digambarkan oleh Utusan/UMNO, patut bersikap lebih terbuka, bersedia untuk berpisah dengan sistem pendidikan Cina yang 'chauvinistic'. 

| |fooji made noise at the warung at 1:38 AM


Saturday, May 04, 2013  

Kawan-kawan sekalian,

Tauke masih ingat betapa lapangnya rasa hati bila Tun Dr Mahathir akhirnya bersara selepas berkuasa selama 22 tahun. Namun demikian, jelas bahawa kerajaan BN dan UMNO tidak langsung berubah, malah semakin hebat sebagai pencetus rasa perkauman. Selepas memerintah selama 56 tahun, adakah Malaysia sudah berjaya ? Tepuk dada, tanya selera. Esok 5 Mei 2013, rakyat Malaysia mempunyai peluang untuk menghentikan segala kezaliman dan kebodohan.

Ini kalilah, kita boleh UBAH.

 Alangkah indahnya sekiranya begitu simplistik buat semua. Tentulah kepada yang sudah sedar yang kita perlu ubah, kita kurang faham mengapa ada lagi penyokong BN, ada lagi golongan profesional yang sepatutnya mempunyai kemahiran menilai yang tinggi MASIH begitu menyokong BN/UMNO.

Adakah kerana risau pasal isu Cina mahu jadi PM , mahu menggugat kedudukan Melayu? Aduhai, kalau ini masalah anda - sila baca post ini :- http://oskortos.blogspot.com/2013/04/kenapa-melayu-islam-perlu-undi-pakatan.html

Lagi satu perkara yang sangat menimbulkan kemarahan dan sedih, adalah berita mengenai pendatang-pendatang asing yang berbangsa Bangladesh, Pakistan, Nepal dsb telah diberi IC dan diberi status mengundi supaya boleh merampas kerusi Parlimen untuk memastikan kemenangan BN.

SAYA SANGAT SANGAT berharap INI ADALAH BERITA PALSU.

Tetapi sekiranya benar, ini adalah satu JENAYAH MENGKHIANAT RAJA DAN NEGARA. Mereka yang bertanggungjawab perlu dimasuk penjara. Hak kewarganegaraan adalah sangat penting untuk kedaulatan negara. Kalaulah dah sampai guna cara kotor keji macam ini, MEREKA bukan sahaja tidak layak memerintah negara ini tetapi PATUT MASUK PENJARA !!!

| |fooji made noise at the warung at 3:41 AM


Wednesday, April 24, 2013  

The Tauke was not supposed to buat kacau in this warung anymore, but the 13th General elections could be the beginning of a new era for Malaysia. And I would like to document my observations and thoughts in the next few days in regards to this.

| |fooji made noise at the warung at 8:01 AM


Sunday, December 14, 2008  

Warung Ikan Bakar is shutting DOWN

Well, all good things must come to an end. The Tauke was a much better blogger when he started in 2003, and while the blogging world evolved by leaps and bounds, his blogsite did not generate much sustained interest.

Heck, even Google Adsense and Nuffnang could not pay me yet because it never went pass the 50 dollars mark in my advertising revenue.

But anyway, I will continue to blog, albeit differently, in fooji.wordpress.com.

Meanwhile, if ever this Warung is resurrected, it will have a theme of Anti-Mahathirism. This country needs to know the damage the Tun has done, instead of continuing to praise and look up to him.

Till then, The Tauke signs off. Thank you for reading and visiting all this while!

Cheers.

| |fooji made noise at the warung at 3:51 AM


Friday, December 12, 2008  


Weddings Weddings Weddings!!!!



It is the hottest wedding season of the year! I have been attending weddings almost on a weekly basis since last month. If not for work, I would have to attend another one tonight.

These weddings have introduced me to the glamourous, glorious, and just fantastic world of wedding photography, and the fun of the whole wedding process itself.

I wish I have a career in the wedding industry. The Top Ten Career choices would be:-

10) Wedding Invitations Graphic Service Provider
9) Wedding Microfinancing Service Provider
8) Wedding Ballroom and Restaurant Owner
7) Honeymoon Resort Owner
6) Wedding Car Rental Service Provider
5) Wedding Almanac Reader
4) Wedding Planner
3) Wedding Singer
2) Wedding Emcee
1) Wedding Photographer!

| |fooji made noise at the warung at 9:18 PM


Fishy business
PB loves PIGGIE
Fish bones & archives
google cari-gali

Search WWW Search blogspot.com

no-nonsense links
malaysian perspective